Wednesday, August 1, 2018

AMARAN

Amaran 

1. Ebook ini adalah hak cipta terpelihara www.jalanmenujucahayabaitullah.com 

2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, Mengedar atau menjual ebook ini kepada pihak lain 

3. Sebarang tindakan yang menyalahi etika undang undang boleh dikenakan tindakan undang undang 

4. Oleh itu hendaklah melaporkan kepada pihak admin sekiranya menerima ebook ini tanpa melalui www.jalanmenujucahayabaitullah.com atau mana mana pengedar online yang sah 

5. Tindakan anda amat dihargai bagi membanteras kegiatan kegiatan sebegini 

6. Jika anda memilikinya secara tidak sah, saya tidak menghalalkan dunia dan akhirat 

7. Bagi kalian yang mahu serta mengedar ebook ini boleh mendaftar sebagai pengurus online 

Ikhlas 

Noorulazwaliza Noh 
www.jalanmenujubaitullah.com

BAB 6 - BIODATA PENULIS

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih, segala puji pujian kepada Ilahi, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW 

Noorulazwaliza Binti Noh atau lebih dikenali dengan nama Aliza Noh merupakan anak jati Felda Kahang Barat Kluang Johor. Lahir Pada 07.02.1976. Beliau anak sulung dari 7 beradik 5 lelaki 2 perempuan. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata putera yang berumur 14 tahun dan 9 tahun

Ebook Jalan Menuju Baitullah merupakan sebuah ebook yang ditulis berdasarkan pengalaman pertama kali beliau menjejak kaki ke Baitullah dan pada bulan Ramadan 1439H 

Ebook ini bukan sahaja mengandungi cerita cerita dan pengalaman sepanjang berada di Madinah dan Makkah. Ia juga mengandungi panduan untuk para pembaca yang sedang membuat persiapan menunaikan Ibadah Umrah yang didapati dari Mutawif dan Mutawifah yang membimbing beliau sepanjang melakukan ibadah Umrah 

Ebook ini juga mengandungi maklumat terperinci tentang perlaksanaan rukun rukun umrah, bacaan niat serta doa doa khusus. Ia boleh dijadikan panduan para jemaah yang kali pertama pergi menjalani ibadah ini 

Beliau turut kongsikan pengalaman khatam Quran di dua kota suci. pengalaman indah yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata

Kehadiran buku ini diharap menjadi panduan yang amat berguna kepada umat islam yang kali pertama mahu mengerjakan Umrah. Diharap ebook ini dapat membantu memberi kefahaman yang betul dan jelas kepada para jemaah yang kali pertama mengerjakan ibadah Umrah

Semuanya dengan izin Allah maka ebook ini dapat penulis selesaikan dengan jayanya 

Harapan kami, semoga Allah SWT memberi keikhlasan kepada penulis dan pembaca dan semoga ebook ini dapat memberi manfaat serta dijadikan usaha dan doa yang dikabulkan Allah SWT 

Semoga mendapat Umrah Mabrur. Aamiin

Noorulazwaliza Noh 
Khadam Allah 


BAB 5 - PANDUAN TUNAI UMRAH PERTAMA


Sewaktu saya mula menanam niat mahu pergi Umrah. Saya sering tertanya tanya adakah saya sudah bersedia dengan jemputan istimewa ini? Macam macam perasaan yang saya rasai. Persediaan mahu menunaikan Umrah melibatkan persediaan diri dan hati. Barulah diikuti dengan persiapan seperti kewangan, kesihatan dan kestabilan keamanan 

Seringkali saya ingatkan diri agar saya tidak menunjuk nunjuk dengan Ibadat Umrah ini. Oleh itu kita perlu banyak membaca, solat dan berzikir. Membaca bagi mempelajari ilmu dan amalan yang patut dan tidak patut dibuat sebelum, sedang selepas Ibadah Umrah dilaksanakan 

Beberapa tips yang saya boleh kongsikan sebagai panduan umum untuk menjadi tetamu Allah

1. Berusaha mempelajari ibadah ini supaya tidak mendedahkan diri kita kepada perkara perkara yang boleh merosakkan amalan kita

2. Usaha sehabis boleh mengikut semua sunnah Rasulullah

3. Berusaha mengelak dari melakukan perkara perkara yang sia sia seperti berbual, membeli belah berlebihan dan memerhatikan jemaah lain. Fokus dengan beribadat dan zikir

4. Elakkan diri anda dari merempuh terutama sewaktu Saie, Tawaf dan sewaktu masuk Raudhah. banyak bersabar dan mengalah

5. Hendaklah menyantuni penduduk dua tanah haram kerana mereka adalah Jiran Baitullah dan Jiran Rasulullah


Setelah ada niat mahu ke Tanah Suci Makkah mengerjakan Umrah Pertama. Saya mula melakukan persediaan seperti yang berikut 


1. PERTAMA: PEMILIHAN TRAVEL AGENT

Pemilihan travel agent mengikut kemampuan masing-masing.  Ada yang mura dan ada yang mahal. Yang murah tu hotel dia jauh sediki. Pakej yang mahal hotel dekat dengan Masjidilharam. Mana-mana travel agent sama sahaja. Mereka cuba untuk memberikan yang terbaik untuk para Jemaah. Biasanya Jemaah akan disediakan dengan seorang Mutawif (tour leader Umrah/Haji). Bukan senang kerja seorang Mutawif. Bukan sahaja perlu membawa Jemaah yang ramai, salah penyampaian beliau..  dosa Jemaah dia tanggung. Saya pasti para mutawif sentiasa banyak berdoa bagi memastikan semua Jemaah berpuas hati dan dapat melaksanakan ibadat dengan selesa

Kita perlu tahu tentang beberapa perkara yang berikut. Ini sangat penting bagi memastikan impian kita ke Tanah Suci termakbul dengan tenang hati  


1. Harga. 
Buatlah perbandingan 2 - 3 harga daripada Travel agent mengikut kemampuan. Buat tempahan awal dengan membayar deposit sebagai komitmen pertama kita. Kata sahabat saya, ia sebenarnya komitmen u dengan Allah. Bukan komitmen u dengan Travel agent. MasyaAllah. 

Saya Isi Borang. Saya juga bayar komitmen saya sebanyak RM500.00. Seterusnya saya buat bayaran secara ansur ansur bulanan sebanyak RM500 x 10 bulan 

Saya memilih Amazing Umrah Sahabat Quran Malaysia kerana pengisiannya. Mereka mengadakan Khatam Quran di Nabawi dan Masjidil Haram. Seronok hati saya mendengarnya

2. Hotel
Pakej yang kita pilih menunjukkan hotel kita dekat atau jauh di Makkah. Saya memilih Pakej RM4,990.00 sahaja. Hotel Di Madinah semuanya dekat dengan Masjid Nabawi. Saya menginap di Hotel Concorde Madinah. Masuk ke Masjid Nabawi melalui pintu 15. Di Makkah pula saya menginap di Concorde Al Khair. Naik Bas, 2 minit sampai ke Masjidil Haram. Jika hari biasa tambang bas percuma. Ramai cakap kenapa naik bas? Pada saya yang baru pertama kali pergi ke Baitullah. Naik bas atau jalan kaki tidak jadi hal. Yang penting saya sampai ke Masjidil Haram 


3. Bilik. 
Saya menginap di Madinah bilik berempat dan di Makkah bilik berlima. Bilik hotel sangat selesa dan paling saya suka luas. Bilik air ada dua unit dan bersih. Ada pantry kecil dan mini peti ais. Boleh simpan fresh jus dan buah buahan yang dibeli di kedai bawah hotel kami. Oleh kerana saya umrah Ramadan. Masa di bilik amat kurang. Saya banyak iktikaf di Masjid

4. VISA. 
Visa diuruskan oleh Travel Agent. Banyakkan berdoa agar kita menjadi tetamu Allah yang paling istimewa. Selain itu sila buat semakan dengan imigresen boleh ke Luar Negara atau Tidak disebabkan beberapa faktor tertentu

5. Kelengkapan lain
Buat semakan Passport, Ambil gambar VISA, Suntikan Wajib iaitu meninggococcal yang biasanya dikenakan caj RM150.00 dan suntikan iringan bukan wajib lain seperti influenza, Pneumococcal, akan dapat satu buku suntuikan. Salinan surat nikah yang disahkan oleh Jabatan agama, salinan kad pengenalan

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan perkhidmatan Travel Agent Amazing Umrah. Sama ada di Malaysia atau di Makkah dan Madinah. Mereka mengambil berat, sentiasa pantas informasi dan sentiasa mengingatkan tentang apa yang patut kita lakukan sebelum, semasa dan selepas berada di dua Kota Suci. Maklum saja umrah pertama, banyak perkara yang saya tidak ketahui

KE DUA: PERSIAPAN ROHANI/ILMU


Sebelum saya menetapkan traikh mahu menunaikan Umrah. Saya ada berkongsi dengan kawan kawan rapat yang sudah biasa pergi menunaikan Umrah malah berkali kali pula. Mereka bagi tips tips bagaimana mahu buat persiapan Rohani. Dalam hati ini selalu terfikir, banyak dosa aku ni. Solat tak cukup 5 waktu dulu dulu. takutnya kena balasan Allah disana. Kawan saya selalu cakap Allah maha pengampun, sebab itu dia mahu jemput awak ke sana. Bersangka baik dengan Allah. Saya laukan perkara berikut untuk kuatkan semangat saya capai hajat pergi Umrah Wajib 

1. Kursus umrah.
Travel agent ada sediakan kursus umrah percuma. selain itu banyak juga kursus umrah ditempat tempat lain. Saya selalu sertai walaupun masa itu belum tetapkan tarikh mahu pergi Umrah. Saya pernah tiga kali teman emak kursus umrah juga. Malam malam saya ambil peluang tengok youtube berkenaan melaksanakan ibadah Umrah

2. Baca buku Panduan UMRAH.
Saya dihadiahkan oleh kawan 2 naskah buku tulisan Prof. Kamil Ibrahim berkenaan mengerjakan Umrah dan haji. Travelog Haji dan satu lagi tentang Madinah. Saya juga dapatkan senaskah buku Panduan Ke Baitullah - Umrah Pertamaku. Selain itu saya baca buku kecil yang dibekalkan oleh Travel Agent 

4. Baca kisah-kisah nabi
Dari dulu memang saya suka baca kisah para Nabi, Sahabat Rasulullah dan Cerita Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Saya memang teruja hendak melihat sendiri kawasan kawasan yang ada dalam cerita tersebut seperti perkuburan Baqi', Makam Saidina Hamzah di Kaki Bukit uhud  

3. Pengisian Rohani
Bab ini memang kena buat. Sentiasa diingatkan oleh Travel Agent dan Mutawif. Perbanyakkan solat taubat. Perbanyakkan solat tahajjud. Perbanyakkan solat hajat. Perbanyakkan zikir dan baca Quran. Perbanyakkan berdoa kepada Allah agar Dia menerima kita sebagai tetamuNya yang paling istimewa. Niat kita submit dari tanahair tercinta akan Allah maqbulkan disana. Pasang niat awal awal dengan jelas. Contoh niat saya yang jelas ialah mahu memasuki raudhah setiap hari selepas tarawikh. Mahu Solat dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram setiap hari. Mohon sihat walafiat sepanjang di sana untuk mengerjakan ibadah wajib dan sunat. Mahu tawaf sunat setiap selesai solat 5 waktu . Kerana Allah itu mengikut sangkaan hambanya 
     
4. Kompilasi doa kawan kawan  dan saudara mara 

Ramai kawan kawan, saudara mara, adik beradik, jiran tetangga kirim doa. Saya minta mereka wasap doa mereka agar memudahkan saya membuat solat hajat dan membaca doa mereka



KE TIGA: PERSIAPAN JASMANI/FIZIKAL



Persiapan Fizikal dan Jasmani amat penting. Selama dua tahun memasang niat pergi Umrah. Saya telah memulakan sihat jihad. Jaga makan minum dan Brisk Walk setiap pagi dan petang. Dari 5,000 langkah sehari menjadi 15,000 langkah sehari. Pergerakan kita banyak di sana. Mahu pergi masjid, Buat tawaf 7 pusingan. Buat Saei 7 kali. Saei mencabar kerana dalam 2km mahu berjalan dan yang paling mencabar jemaah ramai. Saya mula faham kenapa ada orang kata nak pergi Umrah dan Haji. Elok pergi waktu usia muda dan bertenaga. Sudah tuan susah nanti. Keadaan di sana panas dan buat kita cepat letih. Saya bersyukur walaupun saya tidak makan nasi, tepung putih dan gula saya kekal sihat hingga pulang ke Tanah air. Saya makan Tamar, Air Zam Zam dan makan Fitrah Bar yang dkirim kakak ipar 

KE EMPAT: PERSIAPAN BARANGAN

Buat yang pertama kali pergi Umrah macam saya, memang bingung sekejap. Apa mahu bawa. Muatan beg tak boleh lebih. Apa boleh bawa apa tak boleh bawa. Syarikat Travel Agent saya sangat bagus. Mereka senaraikan barang yang jemaah perempuan dan lelaki perlu bawa 

Saya bawa 10 helai telekung. Eh banyaknya kata kawan kawan dan emak saya. Setiap sehelai adalah hadiah dari bos, sahabat, staff, saudara mara, adik beradik. Saya tidak beli, Untuk sampaikan hajat mereka saya bawa semuanya. Satu tidak tinggal

Ubat ubatan bawa juga. Standby sakit pening dna boleh kongsi dengan jemaah lain 

Saya banyak membeli barang barang di Kedai Umrah dan Haji milik Dato Haji Daud Che Ngah. Disitu mereka ada berikan senarai barang barang yang perlu dibawa. Mereka juga sarankan apa yang tidak perlu dibawa. Saya kali pertama pergi Umrah. Banyak juga yang saya tanya. tidak mengapalah pada saya, dari tidak ada maklumat langsung

Beg ada dua, satu beg luggage dan satu hand carry. Dalam hand carry bawalah sepasang persalinan, towel, dan keperluan diri. Botol Spray Wuduk juga standby dalam Hand Carry




BAB 4 - MAKKAH, DI SINI CINTA BERSEMI


Selepas berada 3 hari 2 Malam di bumi Madinah Al Munawarah. Pagi 20hb Mei 2018 saya dan semua Sahabat Quran Malaysia Mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah. Mengalir air mata. Tak dapat saya menahan sedih. Menangis teresak esak. Ya Rasullullah, jemputlah aku datang lagi berkali kali pada tahun yang akan datang

Setelah duduk dalam bas yang akan membawa kami ke Makkah. Hati berdebar debar. Terus berzikir. Ya Allah, aku akan ke rumahmu Ya Allah. Terimalah aku Ya Allah sebagai tetamu mu yang paling istimewa 

Ustaz Umar menerangkan beberapa perkara tentang Umrah. Ia Umrah Wajib bagi saya kerana ini kali pertama saya ke Baitullah. Umrah beerti mengunjungi Baitullah Al Haram di Makkah untuk mengerjakan ibadat ibadat tertentu di sana

Ustaz juga mengingatkan rukun rukun Umrah seperti berikut 
1. Niat mengerjakan umrah 
2. Tawaf sebanyak 7 kali keliling di Ka'bah 
3. Sa'i dari Safa ke Marwah, 7 kali pergi dan balik 
4. Bergunting rambut di kepala 
5. Tertib, menurut susunan 

Ustaz Abdullah Umar juga mengingatkan Rukun Umrah ini ialah perkara perkara yang mesti dikerjakan didalam ibadat Umrah, apabila ditinggalkan atau tertinggal salah satu daripadanya maka ibadat itu batal dan tidak sah

Wajib Umrah pula ialah perkara perkara yang mesti dikerjakan di dalam ibadat Umrah, apabila ditinggalkan atau tertinggal, ibadatnya sah tetapi akan dikenakan dam

Kami berniat ihram di Bir Ali iaitu 20km dari Madinah. Masa ini saya memang benar benar rasa sebak. Umrah pertama saya, semoga Allah terima semua amalan saya sekecil kecil amalan hingga sebesar besar amalan sepanjang saya berada di Makkah Al Mukarammah 

Ya Allah Yang Maha Baik, terimalah aku sebagai tetamu Mu yang paling istimewa Ya Allah. Begitulah pesan Hajjah Sarni sebelum saya menjejak kaki ke bumi Haramain. Long, mohon doa pada Allah banyak banyak agar Long menjadi tetamu Allah yang paling istimewa ya

Mulut saya terus perlahan lahan mengalunkan talbiyah. berselwat ke atas Nabi Junjungan Muhammad SAW. Air mata ini mengalir di pipi semakin deras. Dalam debar, saya tidak sabar mahu melihat kaabah didepan mata buat pertama kali dalam hidup saya. Ia pasti pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup ini 

Ustaz Abdullah Umar membuat pengumuman yang bas sudah mula memasuki Tanah Haram Makkah. Beliau memimpin doa masuk ke Tanah Haram Makkah berbunyi begini

اَللهُمَّ هذَاحَرَمُكَ وَأَمْنُكَ فَحَرِّمْ لَحْمِىْ وَدَمِىْ وَشَعْرِىْ وَبَشَرِىْ عَلَى النَّارِ وَاَمِنِّىْ مِنْ عَذَابِكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ وَاجْعَلْنِيْ مِنْ أَوْلِيَائِكَ وَأَهْلِ طَاعَتِكَ

ALLAAHUMMA HAAZAA HAROOMUKA WA AMNUKA FAHARRIM LAHMII WA DAMII WASYA'RII WABASYARII 'ALANNAARI WA AAMINNII MIN 'AZAABIKA YAUMA TAB'ATSU 'IBAADAKA WAJ'ALNII MIN AULIYAA IKA WA AHLI THOO 'ATIKA

Artinya :

Ya Allah, kota ini adalah Tanah Haram-Mu dan tempat yang aman-Mu, maka hindarkanlah daging, darang, rambut dan kulitku dari neraka. Dan selamatkanlah diriku dari siksa-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali hamba-Mu, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yanag selalu dekat dan taat kepada-Mu

Alhamdulillah, jam 5.00 petang kami selamat sampai di Hotel Concorde Babulmultazam yang terletak di Azaziyah. Hotelnya selesa dan luas untuk 5 orang. Ada 2 bilik air dan pantry yang kecil. peti Ais juga disediakan. Di Hotel ini disediakan mesin basuh. Banyak kemudahan untuk para jemaah Umrah 

Rakan sebilik saya masih lagi Umie Fatimah 73 tahun, Umie Faiza 63 tahun, rakan baru Kak Cumee dari kajang 53 tahun, anak umie Faiza berumur 26 tahun 

Mutawwif berpesan kita akan berbuka puasa di hotel dan seterusnya melakukan Umrah pada waktu isyak

Dari hotel, kami menaiki bas ke Masjidil haram. Biasanya tambang bas tidak dikenakan kepada para jemaah Umrah. Namun sepanjang Ramadan tambang bas pergi balik dikenakan RM6.00 seorang. Bas yang selesa dan sentiasa ada didepan hotel kami

Sampai sahaja di Masjidil Haram, Ustaz memimpin bacaan doa masuk Masjidil Haram 

اللهم أنت السلام ومنك السلام فحينا ربنا بالسلام وأدخلنا الجنة دار السلام تباركت ربنا وتعاليت يا ذا الجلال والإكرام. اللهم افتح لي أبواب رحمتك ومغفرتك وأدخلني فيها. بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله


Allahumma antassalaam, waminkassalaam fahayyinaa rabbanaa bissalaam wa adkhilnal jannata daarassalaam tabaarakta wata’aalaita yaa dzaljalaali wal ikraam. Allahummaftah lii abwaaba rahmatika wamaghfiratika wa adkhilnii fiihaa. Bismillahi walhamdulillahi wasshalaatu wassalaamu ‘alaa rasuulillaah.


Artinya: Ya Allah Engkau sumber keselamatan, dan daripadaMu lah datangnya keselamatan itu semua. Maka sambutlah kami wahai tuhan dengan selamat sejahtera dan masukanlah kami ke dalam surga negeriMu yang bahagia, Maha Pemberi berkat dan Maha Tinggilah Engkau wahai Tuhan yang punya keagungan dan kehormatan. Ya Allah bukakanlah untukku pintu rahmat dan ampunan, masukanlah aku ke dalam ampunanMu. Dengan nama Allah dan segala puji bagi Allah salawat dan salam untuk Rasulullah.

kumpulan jemaah kami menuju terus ke dataran Kaabah. Masyaallah, saya tergamam. air mata mengalir lagi. kali ini lebih deras dari perjalanan tadi. Allah Yang Maha Baik, terima kasih mengizinkan aku hambamu ini sampai ke rumah Mu

Hajjah Sarni memandang saya, saya menangis saat mata kami bertemu. Hanya Allah saja yang tahu perasaan itu. Ya Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia pandangan kami berdua. Long, Sujud syukur Long, Kaabah depan Long. Takbir sebanyak tiga kali dan baca doa ini Long sambil beliau tunjukkan muka surat di buku umrah. 

Doa melihat Kaabah adalah seperti berikut 

اَللّٰهُمَّ زِدْ هٰذَا الْبَيْتَ تَشْرِيْفًا وَتَعْظِيْمًا وَتَكْرِيْمًا وَمَهَابَةً وَزِدْ مَنْ شَرَّفَّهُ وَكَرَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ أَوِاعْتَمَرَهُ تَشْرِيْفًا وَتَعْظِيْمًا تَكْرِيْمًا وَبِرًّا

Allahumma zid haadzal baita tasyriifan wata’dziiman watakriiman wamahaabatan wazid man syarroffahu wa karramahu mimman hajjahu awi’tamarahu tasyriifan wata’dzhiiman watakriiman wabirran.


Artinya: Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, kehormatan, keagungan dan kehebatan pada Baitullah ini dan tambahkanlah pula pada orang-orang yang memuliakan, menghormati dan mengagungkannya diantara mereka yang berhaji atau yang berumroh padanya dengan kemuliaan, kehormatan, kebesaran dan kebaikan.

Sampai Masa Untuk TAWAF
Tawaf ialah mengelilingi bangunan Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan bermula dari Hajarul Aswad dan berakhir disitu juga. ia dikira satu pusingan. Jika seseorang itu ragu ragu tentang pusingan yang telah dikerjakan, maka dia hendaklah mengambil bilangan yang sedikit

Syarat syarat sah tawaf ialah bermula dengan 
1. Niat - bermula dengan niat hendak mengerjakan tawaf
2. Suci dari hadas besar dan kecil. Suci dari Najis pada badan dan pakaian 
3. Menutup aurat seperti dalam solat 
4. 7 kali pusingan dengan mula di Hajar Aswad ( lampu hijau ) dan akhir di Hajar Aswad juga 
5. Berada di luar Baitullah 
6. Sentiasa berada di sisi kanan Kaabah
7. Tawaf 7 keliling Kaabah 
8. Berada di Masjidil Haram 

Saya mulakan tawaf sambil membaca doa doa berpandukan buku panduan Umrah yang dibekalkan oleh Amazing Umrah. Saya pegang tangan Emak ( Umie Fatimah ) dan Umie Faizah. Kami sama sama tawaf dalam ramainya jemaah malam itu 

Pada pusingan tawaf ke 4, pegangan tangan saya dengan emak dan umie terpisah. Agaknya keadaan terlalu ramai jemaah dan kesihatan dua umie ini menyebabkan kami terpisah. Saya perasan terakhir saya melihat emak di pimpin oleh jemaah bernama doktor Saleha Idris. Saya ingat tips yang diberi oleh Hajjah Sarni. Jika terpisah, biarkan sahaja. Teruskan lakukan Tawaf, Saie dan tahallul. Long tidak perlu tunggu mereka. Ini bumi Allah, Allah yang akan jaga mereka 

Saya berjalan mengelilingi Kaabah seorang diri. Air mata menjadi murah saat ini. Menangis tidak berhenti henti. Saya ikut kumpulan Indonesia. Saya ikut bacaan mereka yang terang dan jelas 

Setelah tamat Tawaf, saya bergerak ke tempat Saie. Hati bimbangkan emak dan Umie. Saya cari tempat kosong untuk solat Sunat Tawaf. Alhamdulillah Allah mudahkan sehabis mudah 

Saya tengok telepon bimbit. Ada mesej dari Puan Saleha. Dia bersama Umie dan Emak. Lega hati saya. Mereka tidak sesat tanpa saya. Mereka berdua adalah amanah Allah SWT kepada saya

Kami berjanji mahu jumpa di tangga Saei. tidak lama selepas solat sunat tawaf, mereka bertiga pun sampai. kami berpelukan lega dan menangis juga. Kami memulakan ibadah Saei dari Safa ke Marwa 7 kali. Kami buat perlahan lahan. Faham keadaan dua Umie 

Emak berumr 73 tahun yang kelihatan letih Sebolehnya tidak mahu naik kerusi roda. Emak mahu usaha selesaikan Saei dengan dua kakinya sendiri. kami buat perlahan lahan dan sesekali berhenti rehat. Kami minum air zam zam sehingga tamat 7 pusingan. Kami lewat siap dari jemaah lain. 

Saya memotong 3 helai rambut dengan bantuan seorang wanita berniqab yang ada disitu. Setelah itu, saya pula memotong 3 helai rambut Doktor Saleha, Emak dan Umie. Alhamdulillah selesai Umrah kami yang pertama

Ustaz mengambil saya, emak, Umie, Dr Saleha dan Dato Roslan Ab. Hamid. Kami menaiki bas pulang ke Hotel 

Sepanjang saya di Makkah dengan suasana ibadah puasa. Saya banyak makan buah buahan yang banyak sumber air untuk elak kering badan. Buah seperti anggur, rock melon banyak membantu keadaan kesihatan saya disana. Minum air zam zam setiap masa hingga tidur dan sambung semula masa bangun sahur. Cuaca sangat panas. adakalanya mencecah 51C

Saya dan kawan kawan satu bilik sentiasa beriktikaf di Masjid. Kami baca Quran yang telah diberikan juzuk untuk khatam beramai ramai 

Rutin saya setiap hari sama sahaja. Mandi jam 2,00 pagi. Makan buah kurma, Fitrah Bar, Anggur dan Rock Melon. Minum air zamzam. Seterusnya saya akan naik bas jam 3.00 pagi ke Masjidil Haram 

Sampai di Masjidil Haram, saya akan ke Dataran Kaabah dan menunaikan solat solat sunat, mengaji, zikir dengan pandangan Kaabah. Masyaallah pandangan yang sungguh indah 

Masuk sahaja subuh, solat berjemaah. Setiap hari ada solat jenazah disini. Ambil peluang solat jenazah. Selepas itu saya lakukan tawaf sunat. Baca Quran sementara menunggu Dhuha 

Saya akan balik ke hotel jam 9.00 pagi. Saya akan mula tidur waktu ini. 45 minit sebelum zohor saya mula menaiki bas semula untuk iktikaf di Masjid. Saya akan duduk di Masjidil Haram dari Zohor bawa ke Isyak dan terawih. Setiap habis solat fardu dan sunat, saya akan buat tawaf. Tidak tunggu dan tidak pula tidak menentu. Saya Umrah pertama, mahu Allah hadiahkan Umrah Mabrur. Insyallah












BAB 3 - MADINAH AKU DATANG

Dalam mamai, saya dengar ustaz maklumkan yang bas sudah sampai ke Madinah Munawarrah. Saya lihat luar jendela bas sudah cerah. Jam di telepon bimbit menunjukkan sudah jam 7.30 pagi. Kami semua sudah memulakan ibadah puasa hari pertama. Jangan pula ada yang termakan dan terminum ustaz ingatkan kami. Ya allah serasa tidak percaya diri ini. Kedua kaki ini telah jejak kota suci tempat bersemadi jasad Rasulullah tercinta 

Di Madinah, kami menginap di Concorde Madinah yang terletak 80 meter dari Masjid Nabawi. Hotel yang selesa dan cukup kemudahan yang diperlukan seperti mesin basuh baju. Dari Hotel ini, kami melalui gate 15 untuk ke Masjid Nabawi 

Beg beg pakaian kami dihantar terus ke muka pintu bilik kami. Setelah itu kami berehat sebelum bersiap siap untuk Zohor di Masjid Nabawi. Sesungguhnya saya memang tidak sabar mahu ke Masjid solat berjemaah. Mulut terus berdoa dan berselawat

Antara doa yang saya baca ialah 

للَّهُمَّ هَذَا حَرَمُ رَسُوْلِكَ فَاجْعَلْهُ وِقَايَةً مِنَ النَّارِ وَاَمَانَةً مِنَ اْلعَذَابِ وَسُوءِ اْلحِسَابِ
Allaahumma haadzaa haramu rasuulika faj’alhu wiqaayatan minan naari wa amaanatan minal ‘adzaabi wasuu’il hisaabi.
Artinya: “Ya Allah, negeri ini adalah tanah haram Rasul-Mu Muhammad SAW, maka jadikanlah penjaga bagiku dari neraka, aman dari siksa dan buruknya hisab (perhitungan di hari kemudian).”
Sebelum ke Masjid Nabawi untuk Solat Zohor, Saya mandi dan bersihkan tubuh. terasa segar badan ini kena air pancuran. Saya sarungkan jubah yang dibawa dan memakai telekung pertama pemberian emak saya

Buku panduan Umrah sentiasa ada ditangan buat rujukan. Masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan sambil membaca doa

Bismillaahi wa’alaa millati rasuulillaahi. Rabbi adkhilnii mudkhala shidqin wa akhrijnii mukhraja shidqin waj’al lii min ladukna sulthaanan nashiiraa. Allaahumma shalli ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa’alaa aali sayyidinaa Muhammadin, waghfir lii dzunuubii waftah lii abwaaba rahmatika wa adkhilnii fiihaa yaa arhamar raahimiin.

Artinya: “Dengan nama Allah dan atas agama rasulullah. Ya Allah, masukkanlah aku dengan cara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku dengan cara keluar yang benar, dan berikanlah padaku jalan keluar yang benar, dan berikanlah padaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolong. Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Muhammad dan keluarganya. Ampunilah dosaku, bukalah pintu rahmat-Mu bagiku dan masukkanlah aku ke dalamnya, wahai Tuhan Yang maha Pengasih dari segala yang pengasih.”


Saya duduk didalam masjid dari Zohor hingga ke Asar. Balik semula ke bilik dna kembali semula sebelum Solat Maghrib. Saya berbuka puasa di Masjid Nabawi meriah. pelbagai hidangan ada seperti roti, laban, buah buahan dan buah tamar. Memang meriah. Mereka menyediakan tempat tempat dan kita boleh pilih di bahagian mana mahu berbuka puasa. Hidangan yang mereka sediakan pada saya cukup nutrisi dan mengenyangkan

Saya Solat Maghrib, Isyak dan melaksanakan solat terawih. Umrah bulan puasa memang banyak masa kita di Masjid. Tadarus Quran dan buat solat sunat

Saya maklumkan Ustaz Umar dan ustaz Shafiq mahu Ziarah Maqam Rasulullah SAW. Dan saya diizin Allah SWT ziarah Makam Rasulullah SAW pada malam kedua dengan bantuan seorang Mutawiffah bernama Mariana. Beliau berbangsa Indonesia dan sudah 30 tahun menetap di Madinah

Dengan bimbingan Mutawiffah Mariana, Alhamdulillah ziarah Maqam Rasulullah lancar. Diajar saya doa doa khusus sewaktu mahu jejak kaki ke Raudhah. Saya solat tahiyatul Masjid dua rakaat di mana mana ruang berkarpet merah. Rakaat pertama baca selepas Alfatihah saya baca Al Kafirun dan pada rakaat kedua selepas Alfatihah, bacalah al Ikhlas

Perjalanan saya masuk ke Raudhah pada malam pertama dan pengalaman pertama ini sangatlah mudah. Allah perkenankan doa saya. Walaupun saya bawa dua rakan sebilik yang sudah berumur senja. Allah SWT yang Maha Baik telah berikan ruang yang selesa untuk dua ummi saya solat dan berdoa sepuas puasnya. Saat saya sujud, air mata mengalir tidak berhenti. kali ini benar benar terjadi. karpet hijau itu telah saya jejaki. Saya berdoa sepenuh hati. Doa doa yang telah saya susun untuk saya perdengarkan kepada Allah SWT dan rasulnya. sepanjang bersujud, saya tidak diganggu. Benar kata Ustaz. Mahu masuk Raudhah jangan Selfish. Mudahkan jemaah lain. Allah mudahkan urusan kita pula. Banyakkan istighfar dan berbaik sangka dengan Allah SWT yang Maha Mengetahui

Saya juga turut menyampaikan salam salam sahabat, saudara mara, keluarga kepada baginda Rasulullah. Tidak lupa memberi salam kepada Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A.

Hanya Allah yang tahu perasaan saya waktu itu. Air Mata mengalir laju. Saya insan Fakir ini telah Allah beri izin menjejak kaki ke Raudhah iaitu sebuah taman dari Taman Syurga dan Allah telah janji Mustajab doa yang diminta disini insyaallah

 Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
ما بين بيتي ومنبري رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ
"Di antara rumahku dan mimbarku ada raudhah min riyadhil Jannah (sebuah taman di antara taman-taman surga." (HR. Bukhari)
Alhamdulillah saya diberi izin Allah SWT masuk ke raudhah sebanyak tiga kali dan malam terakhir adalah malam paling pilu. Dimana saya dapat solat dekat dengan Makam Rasulullah tanpa ada sebarang gangguan. MasyaAllah Allah Maha Baik 
Hari Kedua di Madinah Al Munawarrah, kami di bawa ziarah ke Jannatul Baqi'. Walaupun jemaah wanita tidak dapat masuk ke Baqi' namun dapat melihat Baqi' sudah puas rasa hati ini. Jannatul Baqi' terletak di arah Timur Madinah iaitu di pinggir bandar. Ia merupakan kawasan perkuburan. kebanyakkan isteri isteri Rasulullah ( Ummahatul Mukminin ) dan putera puteri Rasulullah SAW disemadikan disini. Begitu juga sebahagian sahabat sahabat Nabi dikebumikan disini. Bacalah doa doa khas buat Jhalifah ketiga Usman Bin Affan R.A dan para isteri isteri baginda 

Ziarah Luar Madinah dimulakan dengan Menziarahi Masjid Quba. Masjid Quba yang terletak lebih kurang 4.8km dari Masjid Nabawi merupakan Masjid yang dibina oleh tangan Rasulullah SAW dan sahabat sahabat baginda atas dasar Taqwa. Pernah dinyatakan oleh Rasulullah sendiri " Barang siapa yang menziarahi masjid ini dengan berwuduk dari tempat tinggalnya kemudian berkunjung di Masjid Quba, lalu ia mengerjakan solat. ia mendapat pahala sama seperti dia mengerjakan Umrah" 

Seterusnya kami di bawa ke ladang Kurma. Disana banyak buah buah kurma di jual dengan harga berpatutan dan kurma kurma tersebut segar dari ladang yang luas terbentang. Kurma Nabi yang paling istimewa ialah Kurma Ajwa Aaliyah. Pesan Ustaz, sebaik baik hadiah untuk keluarga dan sahabat handai ialah air Zam Zam dan Buah Kurma. Dan Kurma yang terbaika dalah di Madina Al Munawarrah 

Ziarah luar seterusnya ialah menziarahi Jabal Uhud. Tidak henti saya menangis melihat Jabal Uhud. terbayang setiap Syuhada yang gugur sewaktu Perang Uhud. Jabal Uhud yang  bermaksud bukit yang menyediri. Bukit ini tidak berganding dengan bukit yang lain. Disebabkan itu penduduk Madinah memanggilnya Jabal Uhud. Di sini terlalu banyak sejarahnya. Di lembah Jabal Uhud telah menjadi saksi Syahidnya Pejuang Islam dalam perang Uhud 
Sebaik sahaja melihat Jabal Uhud, pesan ustaz sunat menyebut " Aku Menyintaimu Wahai Uhud" sebagaimana yang Rasulullah SAW lakukan. 
Perang Uhud telah menyaksikan tentera islam yang di ketuai oleh Rasulullah SAW telah tewas ke tangan tentera kafir Quraisy dan sekutunya. Rasullullah telah cedera parah dalam peperangan ini. Besi perisai yang melindungi wajah Rasullullah telah terkenan balingan batu lalu melekat dimuka Rasullullah. Sahabat yang bernama Abu Ubaidah telah mengigit besi perisai itu untuk mengeluarkan besi tersebut dari wajah Rasullullah hingga patah dua gigi beliau 
Dalam perang ini, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib R.A telah tewas. Selain  itu dua pelindung nabi iaitu Saiyidina Abdullah Bin Jahsy R.A dan Saiyidina Mus'ab Bin Umair R.A juga telah mangkat dan disemadikan bersama para Syuhada Uhud. Alfatihah buat Syuhada Uhud 
Dari Jabal Uhud kami meneruskan perjalanan balik ke Hotel Penginapan kami melalui Masjid Jumaat dan Masjid Qiblatain. Kami tidak singgah kerana keadaan parking yang sesak dan mahu solat berjemaah di Masjid Nabawi. Masjid Jumaat adalah masjid pertama Rasulullah solat Jumaat dan masjid Qiblatian pula adalah turun wahyu agar Rasullullah menukar arah Qiblat dari Al Aqsa kepada Masjid Al-Haram
Pagi terakhir kami di Madinah Al Munawarrah kami penuhi dengan solat subuh berjemaah. Seterusnya adalah Program Khatam Quran. Syukur Alhamdulillah, Allah yang Maha Baik telah memilih saya berada dalam jemaah ini. Quran sentiasa disisi 
Selepas itu kami mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah. Dengan hiba saya katakan Ya Rasulullah dengan izinmu Insyaallah hamba ini akan datang lagi dan berkali kali ke sini insyaallah
Sepanjang di Madinah Munawarrah, rebutlah melakukan amalan amalan yang berikut. Perkara ini dilakukan oleh Team Amazing Umrah Sahabat Quran Malaysia 
1. Menziarahi Rasulullah dan memberi salam kepadanya sekerap mungkin 
2. Mengerjakan solat berjemaah di Masjid Nabawi 
3. Banyak mengerjakan ibadah selepas tengah malam 
4. Khatam Al Quran dalam masjid Nabawi 
5. Melakukan Iktikaf 
6. Menunaikan solat di Raudhah jika ada peluang 
7. Tidak bercakap hal dunia di dalam Masjid Nabawi
8. Melakukan ibadah sebanyak mungkin 







  



BAB 2 - KEMBARA ROHANI

Dalam pada bersedia mahu bercuti lama dan tumpu ibadah Umrah Ramadan, hati ditebak juga dengan beberapa persoalan. Ramadan ini biasanya syarikat kami sibuk dengan tempahan majlis berbuka puasa. Apatah lagi selepas pilihnaraya. Saya terus susun strategi. Minta kakitangan unit katering hubungi setiap pelanggan yang sudah biasa ambil D'Saji. Tanyakan mereka tarikh majlis jika sudah ada dan kami akan hantar pakej berbuka puasa kepada mereka. Dari situ saya sudah boleh plan dan serah tugas kepada pembantu saya dengan tenang jiwa saat saya tunaikan ibadah Umrah nanti 

Teringat juga hal anak anak berdua. Jika saya tiada puasa mereka macam mana? Kesian suami mahu tengok semua. Saya ajukan pada suami. Dan beliau menjawab, Mama sejak bila pulak Ramadan u ada dirumah? u sibuk dengan urusan kerja memantau majlis pelanggan. Tengah malam baru balik. Sebab itu hal anak anak u jangan fkir sangat. Pandailah I take care mereka nanti macam selalu. U elok tumpu kesihatan dan yang berkiatan Umrah U, kata suami tericnta. Sebenarnya saya sangat malu dengan kata kata suami, kerana itu adalah realiti yang saya lalui setiap hari. Pergi pagi dan balik malam

Sampai masanya. Tanggal yang ditunggu telah tiba. 16 Mei 2018 tarikh keramat buat saya. Saya mulakan 1/3 malam hari itu dengan solat tahajjud, Taubat, Hajat, Witir. Mohon doa dipermudahkan urusan  saya menunaikan Umrah pertama di bulan Ramadan 

Sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur ( KLIA) , saya mandi sunat, Solat Hajat dan Solat Musafir. Mohon Allah ganjarkan pahala disetiap urusan saya di Makkah dan Madinah  dan dipermudahkan mudah sehabis mudah. lancar sehabis lancar semua urusan di dua kota suci. Insyaallah 

Tetamu Allah ada tiga, Orang yang menunaikan Haji, Orang yang menunaikan Umrah, dan orang yang berperang ke Jalan allah ( Fisabilillah ). Direkodkan oleh Nasai, Ibnu Hibban dan Hakim daripada Abu Hurairah  

Sebagai peserta Umrah Sahabat Quran Malaysia. Di dalam group Wasap Umrah Awal Ramadan telah dimaklumkan yang kami perlu memulakan bacaan Quran kami sebaik sahaja berada didalam pesawat. Saya diberi Juzuk 16. Ditetapkan untuk selesai sebelum ahad dan akan diadakan Khatam Quran beramai ramai di Masjid Nabawi. Ini adalah sebahagian dari pengisian Umrah bersama Amazing Umrah iaitu Progran Khatam dan tadabbur Al Quran. Saya bersyukur dan rasa sangat gembira kerana insyaallah dengan izinNya saya akan khatam di dua kota suci ini 

Pada tarikh 16 Mei 2018, kami semua berlepas dari Kuala Lumpur jam 7.30 petang dan dijangka sampai ke Lapangan Terbang Jeddah jam 11.30 malam. Kami semua berkumpul di KLIA 1, Aras 5, Pintu 7. Biasanya disini saya hantar emak, kali ini emak pula yang menghantar saya. Allahuakbar 

Pemergian saya ke Tanah Suci mengerjakan Umrah tidak saya ceritakan dengan semua orang. Terasa malu dihati. Saya ceritakan pada staff dan yang paling rapat dengan saya iaitu Puan Sri Bibi Sharliza, isteri mantan pengerusi Felda. Puan Sri pesan pada 16.05 itu nanti jumpa di Aras 5 KLIA. Beliau mahu kirim hidangan. Kesiankan saya yang kali pertama pergi Umrah, Ramadan pula. Bimbang dia saya tidak lalu makan disana

Pada tarikh yang telah ditetapkan ramai yang sudi hadir menghantar saya. Sebak dada melihat kebaikan mereka. Allah sahaja yang akan membalasnya. Saya lihat kelibat Puan Sri Bibi dan Tan Sri Isa Samad sudah ada berdekatan dengan tempat saya berkumpul. Lalu saya pergi menemui mereka berdua dan saudara mara mereka yang ada. Dalam hati saya, eh ramainya datang semata mata mahu kirim bekalan makanan kepada saya. Malu pula saya waktu itu

Puan Sri senyum meleret. Tan sri tersengih sengih. Saya kata terima kasih datang jauh jauh hantar bekalan makanan kepada saya. Lalu Tan sri jawab, kami pun pergi sama za. Ya Allah.... air mata saya mengalir. Tak sangka kami sama penerbangan untuk mengerjakan Umrah Ramadan. Ya Allah indah sungguh susunan mu buat diri ini Ya Allah. Kata Puan Seri tak sampai hati tengok adik pergi seorang diri untuk Umrah Pertama. Mereka usaha untuk pergi sekali. Ingatkan hanya kejutan sediakan bekalan makanan rupanya kejutan mereka berdua turut serta Umrah Ramadan. MasyaAllah 

Didalam pesawat luas dan selesa, ada surau yang luas. Saya berpeluang untuk solat isyak alhamdulillah. Saya baca Quran dan selesaikan dalam penerbangan itu juga. Alhamdulillah tenang dan fokus. Nanti di Madinah saya akan mula baca dari Juz pertama. Niatnya mahu khatam individu juga disana

Saya tidak boleh lelap sepanjang penerbangan. Saya baca buku buku Umrah yang saya bawa. seperti mimpi. Hari itu saya sudah terbang menuju ke Madinah al Munawarah. Terima kasih Ya Allah menjemput hambamu datang. Semoga saya menjadi tetamuMu yang paling istimewa ya Allah 

Kami mendarat dengan selamatnya di Jeddah. Urusan passport di kaunter juga mudah. Urusan bagasi juga tiada alami masalah. Alhamdulillah 

Kami diminta oleh Tour Leader Ustaz Umar untuk duduk sebentar di kerusi rehat berwarna kuning sementara menunggu bas yang akan membawa kami ke Madinah sampai. Saya ambil peluang rehatkan badan yang lama duduk di pesawat tadi 

Setelah bas sampai, bagasi telah dibawa masuk ke bonet bas. Saya dan para jemaah mula menaiki bas. Dimaklumkan oleh Tour Leader, kumpulan kami akan berhenti di R&R untuk sahur dan solat subuh. Sepanjang perjalanan menaiki bas saya tidak boleh lelap mata. Saya masih tak percaya saya sudah berada di bumi Jeddah. Allah Maha Baik telah memakbulkan semua doa hambaNya yang fakir ini. Mulut terus berzikir, air mata mengalir. Berbagai bagai perasaan hadir 

Lebih kurang jam 2.30 pagi, kami semua sampai di R&R untuk bersahur. Saya mengeluarkan bekalan yang dikirim oleh Puan Sri Bibi iaitu Daging rendang, Itik Masak Lemak, Ayam Masak Kicap dan sambal goreng tempe. Saya kongsi dengan jemaah yang bersama saya. Sedap rasanya. Puan Sri Bibi memang pandai masak. Selera jamah makanan sewaktu sahur begini. Saya OCOC ( program otak cantik otak cerdik ). Tidak makan nasi. Banyak minum air dan makan lauk sahaja. Mudah dan ringkas

Selepas Sahur, saya bersama Umie Fatimah dan Umie Faizah bergerak ke bilik air untuk ambil wuduk. Kami solat subuh di surau R&R. Surau biasa saja. saya di tegur beberapa jemaah, mereka bertanya adakah saya dari indonesia? saya jawan Malaysia. Mereka sebut masyaallah lalu mencium dahi saya. Terpinga pinga sebentar. namun saya redha dan senyum sahaja. Ia tentu pengalaman baru buat saya yang kali pertama ke tanah suci ini

Subuh yang gelap dan sunyi, bas membawa kami meneruskan perjalanan ke Kota Madinah Al Munawarah. Ya Allah sesungguhnya berdebar debar sekali hati ini. Mulut tidak henti berzikir dan berselawat ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Tidak sabar rasanya lakukan ziarah makan Nabi. Tak sabar mahu ucap salam kepada Rasulullah SAW 

Pagi itu saya menukar Sim Kad Saudi untuk memudahkan berhubung dengan keluarga di Malaysia. Semua diurus oleh Mutawif. Alhamdulillah tiada yang rumit 

   






BAB 1 - AKU SAHUT PANGGILANMU

Setiap orang yang pernah pergi ke Makkah dan Madinah mengerjakan Ibadah Umrah pasti akan mengatakan ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup mereka apatah lagi ia Umrah pertama. Lebih lebih lagi maharnya datang dari titik peluh menabung setiap bulan. Ia tentu menyimpan seribu makna yang sukar diungkap dengan kata kata 

Pengalaman mengerjakan ibadah Umrah adalah pengalaman terindah. Berada di dua kota suci menjadikan diri sangat teruja. Pergi ke Madinah dan Makkah ia tidak sama dengan semua percutian yang telah kita pergi selama ini. Ya, tidak sama sekali 

Keadaan tenang yang tidak mampu digambar dengan kata kata. Hanya yang pernah melaluinya sahaja mampu memahaminya. Itulah yang saya rasa dan saya percaya semua yang pernah menjejak kaki kesana malah ada yang berkali kali pula rezekinya

Kenyataan seronok tidak terkata yang datang dari mulut ini dan mulut mulut yang pernah sampai jejak kaki ke Haramain tentu sesuatu yang tidak boleh disangkal. Ketika bercerita setiap detik di Sana. Terlalu sukar untuk kita yang boleh pergi membayangkan keadaan sebenar di Makkah, Madinah, Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Raudhah. Ia pula soal hati seorang Hajjah anak Felda yang kali pertama jejak kaki ke Haramain 

Umrah seumur hidup sekali adalah sayu tuntutan. Kita perlu berusaha bersungguh sungguh. Berdoa tanpa henti kepada Allah SWT memohon dijemput ke sana sebagai tetamu Allah yang paaaling istimewa 

Ini jemputan Allah. Bukan jemputan Raja. Bukan jemputan Perdana Menteri. Ada duit banyak pun belum tentu boleh pergi. Sihat juga belum tentu boleh pergi. Semuanya terjadi kerana atas jemputan Allah SWT 

Saya mula menanam niat mahu menunaikan ibadah Umrah pada tahun 2016 sewaktu bertemu Hajjah Sarni Abdullah di Janda Baik dalam satu program Public Speaking Mastery 

Perkongsian Umrah Puan Hajjah Sarni menarik perhatian saya. Maka bermulalah langkah langkah awal perjalanan seorang anak Felda ke Bumi Haramain 

Setiap kali berdoa saya nyatakan pada Allah. Saya sudah cukup mahar mahu pergi Umrah, maka Ya Allah jemputlah saya sebagai tetamu istimewamu Ya Allah. Permudahkan lain lain urusan agar ia tidak menjadi asbab saya tidak dijemput ke sana

Setiap hari saya akan minta suami doakan saya dijemput ke Tanah Suci mengerjakan Umrah tanpa sebarang masalah 

Setiap kali saya lihat di FB, promosi Pakej Umrah dari Amazing Umrah Sahabat Quran Malaysia. Saya akan Whatsapp sahabat saya Hajjah Sarni Abdullah. Saya akan katakan kepada beliau, doakan Long dapat pergi tahun ini

Saya mula membuat persediaan Umrah sejak tahun 2016. Saya mula masuk setiap kursus Umrah yang ada. Awalnya rasa sangat kekok kerana masuk kursus tapi belum ada tarikh mahu pergi. Namun biasanya ia akan diakhir dengan air mata. Setiap kali tamat kursus Umrah. Saya sedaya upaya bersalaman, berdakapan dengan para jemaah yang hadir. Mereka akan cakap, saya doakan puan pergi Umrah Tahun ini. Itulah yang saya kejarkan. Doa dan berada di majlis ilmu. ada berkat disitu 

Saya belajar semula mengaji secara berguru. Lama sudah saya tinggalkan aktiviti ini. Niat awal saya, agar tidak malu sewaktu  khatam Quran bersama sahabat Quran Malaysia

Saya mula mencukupkan sembahyang lima waktu. Membuat semua solat solat sunat. Saya mula displinkan diri untuk tidak tinggal solat Taubat, Witir dan Dhuha   

Saya mula kerap dan gandakan Zakat dan Sedeqah saya. Tidak saya khususkan berapa seperti dulu. Pada waktu ini, apa yang ada dalam wallet yang paling besar, itulah sedeqah saya pada hari itu 

Setiap kali ada sahabat handai, saudara mara, rakan sepejabat pergi Umrah. Saya mula berusaha santuni mereka berbanding dulu lantak kau lah nak nak pergi bila dan dengan siapa. Kerana disitu ada berkat usaha yang Allah akan hadiahkan ganjaran buat kita 

Kita letakkan kesungguhan mahu menjadi tetamu Allah yang paling istimewa. Allah sedang menilai usaha itu. Jika belum lagi, semak kembali. Mungkin usaha masih belum cukup. Buat lagi. kemaskan solat Wajib dan Sunat. Puasa sunat jangan tinggal. Ada doa mustajab disitu. Sentiasa ingat perkara yang satu ini selalu. Allah sentiasa mendengar kita meminta

Suatu pagi jumaat. Saya tidak tahu mengapa. Hari saya sangat sayu. Rutin biasa saya sepanjang perjalanan pergi kerja. Saya akan buka Youtube bacaan yassin, Al Waqiah, AlKahfi, Al Waqiah. Jumaat itu air mata saya laju tidak macam selalu. Hati saya sayu tidak boleh digambarkan. saya terbayang bayang Kaabah di depan mata. Saya terbayangkan Raudhah dan memberi salam kepada Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Usman

Lalu jari jemari ini mula mengetik keyboard Handphone. Saya curahkan isi hati saya dengan Caption rindu " Rindu Baitullah". Masih saya ingat tarikhnya ialah 13 April 2018, 7.52 pagi. Sewaktu menukilkan setiap kata kata, air mata saya deras mengalir. Saya niat dalam hati mahu menunaikan ibadah Umrah tahun ini dan berkali kali Insyaallah. Saya minta sahabat mukabuku aamiin kan doa saya 

Sebelum jam 8.00 pagi, saya dapat mesej dari suami. Ya Allah ajaibkan doa di waktu mustajab. Suami mengatakan jika mahu pergi Umrah Ramadan tahun ini dia izinkan. Saat saya baca mesej ini mengigil seluruh badan. Saya tidak mampu membuat apa apa dalam tempoh seminit

Saya masuk pejabat dengan berbagai rasa. Saya tunaikan sujud syukur, solat Isyraq dan Dhuha terlebih dahulu. Selepas itu saya hubungi ibu. Selepas ibu barulah suami tersayang. Ucap terima kasih yang tidak terhingga. Ia hadiah lebih berharga dari emas dan duit. Hampir sepanjang ada waktu terluang saya menangis. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Benar engkau maha baik. Aku insan kerdil, malah kurang ibadatku telah engkau kurniakan Umrah Ramadan. Syukur alhamdulillah Ya Allah. Tiba tiba saya rasa malu pada Allah SWT

Teringat saya kepada surah Ar Rahman yang merupakan surah yang paling saya suka. " Maka Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan" - Surah Ar- Rahman : 36 

Bermula tarikh keramat 13 April 2018, saya mula membuat persiapan untuk ke Baitullah. Persiapan mental dan fizikal. Buku buku umrah yang dipinjamkan oleh rakan rakan yang pernah pergi sebelum ini saya baca dan fahami. Walaupun setiap tahun saya temani emak berkursus umrah. Namun untuk persediaan diri sendiri, saya sertai juga kursus Umrah buat kesekian kalinya. Debar lain macam pula

Mula mengisi 1/3 malam dengan lebih awal lagi bersembahyang sunat taubat, sunat hajat, sunat tahajuud, baca Quran dan sentiasa berzikir memohon agar Allah SWT sentiasa mempermudahkan urusan disini dan disana nanti 

Antara lain persiapan yang wajib dilakukan ialah menyemak tarikh luput pasport antarabangsa. Masih boleh digunakan lagi sehingga tahun 2020. Perlu menyediakan gambar untuk Visa Umrah. Selain itu, perlu ambil suntikan Umrah. Saya ambil suntikan wajib untuk umrah iaitu Meningococcal hanya RM160 dn yang pilihan iaitu Influenza RM 80 (asal RM110) dan Pneumococcal RM90 (asal RM130). Pengambilan dua vaksin tambahan ini sekadar berusaha agar tidak dijangkiti batuk dan lain - lain penyakit bawaan. selebihnya Allah SWT yang punya kuasa 

Setelah semua dokumen siap sedia, saya minta suami serahkan kepada Travel Agensi Amazing Umrah Sahabat Quran Malaysia untuk proses selanjutnya. Alhamdulillah 

Saya sediakan senarai semak persiapan kelengkapan Umrah agar tidak ada yang terlepas pandang. Disanan nanti tidak perlu saya memikir barang barang yang tertinggal. Di sana nanti tumpuannya untuk beribadah. Saya tiada niat lain selain untuk banyak beriktikaf didalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram

Ramai sahabat yang berpesan agar bawa beberapa helai saja telekung, jangan bawa banyak banyak. Di sana kita tidak berpeluh kata mereka. Saya pula bawa semua telekung yang dihadiahkan oleh teman teman dan saudara mara. Tidak sampai hati mahu tinggalkan di Malaysia. setiap pemberian pasti ada hajat yang mengiringinya 

Menjadi Tetamu Agong Kepada Allah swt. "Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agong kepada Allah swt, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya nescaya Allah swt perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah swt ampunkan mereka". (Riwayat al-Nasa’iy dan Ibnu Majah)